Thursday, April 29, 2010

tips

Tips Menjadi Pendengar Yang Baik

Antara tip-tip bagaimana menjadi seorang pendengar yang baik adalah seperti berikut:-

1. Lihat, Jangan Berpaling
Berikan perhatian sepenuhnya dan dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakannya. Sentiasa ingat, apa-apa sahaja gerak badan anda adalah bahasa yang paling berkesan dan mudah dikesan oleh rakan bual anda. Melalui bahasa bukan lisan, ia berperanan menyampaikan apa-apa yang terkandung dalam hati anda. Kajian menunjukkan seseorang lebih cenderung mempercayai apa-apa yang dilihatnya berbanding apa yang didengarnya apabila mesej lisan dan bukan lisan saling bertentangan.

2. Wujudkan Komunikasi Mata
Lihatlah rakan bual anda dalam keadaan yang berminat dan menumpukan perhatian terhadapnya. Seandainya, ia melibatkan sahabat yang berlainan jantina atau anda kurang selesa untuk berbuat demikian, tumpukan perhatian anda pada bahagian dahi kerana arah penglihatan akan kelihatan selari dengan matanya. Sekarang, sudah tiba masanya untuk anda mendengar.

3. Buat Rumusan Sendiri Terhadap Apa-Apa Yang Disampaikannya
Anda mungkin tidak dapat mengingati setiap satu yang diucapkan, tetapi anda boleh mencari isi utama yang ingin disampaikan dan cuba ingati satu dua keadaan yang berkaitan dengan mesejnya atau kisah yang disampaikannya sendiri. Cuba buat gambaran minda untuk menyusun perkara-perkara utama yang diberitahunya.

4. Kenalpasti Mengapa Anda Perlu Mendengarnya
Ini menentukan hala tuju pendengaran anda. Seandainya anda sudah mengenal pasti bahawa kisahnya mempunyai unsur-unsur sedih, maka anda harus bersedia untuk sama-sama mendengar dan merasai keadaan demikian. Ia pasti kelihatan ganjil jika kisah sedihnya disambut dengan ketawa. Latihan mendengar berita di radio, televisyen, meneliti lirik-lirik muzik yang dimainkan, mengikuti ceramah, dan ucapan adalah bentuk latihan yang baik untuk menjadikan anda mudah untuk mendengar dan menangkap isi utama perbualan dengan lebih cepat lagi.

5. Sesekali Bertanyalah
Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda yang anda memang mendengarnya dengan penuh minat. Dengan bertanya, mempamerkan sikap anda yang sememangnya bertumpu kepada bual bicaranya. Sikap anda bertanya dalam jarak masa yang sesuai dan berselang-seli dengan isi perbualannya memberi ruang henti untuk kedua-dua belah pihak kembali dalam keadaan 'segar' untuk memberi tumpuan, menjelaskan lagi keadaan yang sedia ada, dan memberi dorongan untuk sahabat anda untuk terus bercerita.

6. Susun Kata-Kata, Lontarkan Semula
Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk memastikan apa yang anda fahamkan itu betul dan untuk memastikan apa yang difahami sama dengan mesej asalnya. Tidak perlulah anda mengulang satu persatu perkataannya, cukuplah untuk anda menyebut kembali isi utama mesej tersebut.

7. Wujudkan Suasana Yang Mesra Dalam Perbualan Atau Interaksi Senyuman.
Ini kerana dengan senyuman sebenarnya ia akan menggalakkan rakan bual kita bercakap dengan lebih yakin lagi. Pendengar akan dikatakan aktif apabila dapat memberi perhatian sepenuhnya melalui cara pandangan mata, anggukan, gerak tubuh dan senyuman. Kadangkala, perkataan seperti "ye ke" dan 'oh gitu' juga menunjukkan kita mendengar dengan baik.

8. Jangan Menyampuk dan Memotong Cerita Yang Belum Selesai
Perbuatan ini dianggap kurang sopan kerana tidak menghormati etika semasa proses pertuturan sedang rancak dibicarakan. Malahan sikap ini dianggap kurang ajar. Jika anda ingin mencelah perbualan tersebut, biarlah rakan bual anda menghabiskan pertuturan atau penyampaian ceritanya itu kepada anda. Setelah rakan bual anda telah habis berbicara maka barulah anda mengeluarkan isi pendapat anda kepadanya.

9. Jangan Tukar Topik Perbualan
Jangan tukar tajuk sewaktu penyampai mengemukakan pandangannya kerana ia akan membuat rakan bual anda tidak selesa akan hal tersebut. Ini kerana tujuan perbualan tersebut adalah untuk mendengar masalah rakan bual anda dan bukannya pada peralihan subjek yang berlainan.

10. Berangan-angan
Ingatlah sewaktu sesi perbualan dijalankan anda adalah dinasihatkan agar memberikan tumpuan sepenuhnya kepada sesi tersebut dan bukannya pada perkara lain seperti berangan atau sebagainya. Ini untuk mengelakkan rakan bual anda hilang minat untuk meneruskan sesi perbualannya dengan sebaik yang mungkin. Harus diingat, jika anda tidak berminat untuk mendengar perbualan tersebut maka adalah lebih baik anda meminta diri dari awal agar perbincangan atau pertuturan tersebut tidak akan melukakan hatinya kelak. Diketika itu, carilah waktu yang benar-benar sesuai jika anda telah bersedia untuk mendengar kembali perbualan rakan bual anda itu.


saje nak letak tips mcm ni..utk pedoman sume, termasuk lah aku sekali..zaijian..

1 comment:

  1. aku nak tengok post lain. boring la post ni je. x ubah. bekarat dah ni..

    ni zuo shenme?

    ReplyDelete